Faedah juga ber-Blogwalking ini!
Friday, 12 August 2011 | 17:54 | 3 chewing gum[s]
Assalamualaikum
Lama kan saya tak buat entry baru... Biasalah, tak ada modal nak tulis pasal apa.
Kot-kot kat luar sana ada
Hari tu la kan, saya pergi la duk ber-blogwalking atau shortform dia, bw... Punya singgah blog sini, folo, baca entry dan chau, Singgah blog situ, folo, baca entry dan chau... Macam biasa lah, rutin yang saya akan buat kalau singgah mana-mana blog orang... kalau rajin saya komen... kalau tak, chau saja...
Punya la baca itu, baca ini.. tup tup saya rasa segan gila... bhuahaha... awat pula?
Yeah, malu sebab saya ni ketinggalan zaman nak mampos! Cerita tu dah lama dah, bulan awal tahun ni, saya ni pulak, baru tahu minggu lepas... Pergh, memang ketinggalan zaman kan...
Nasib baik Allah selamatkan saya dari rasa malu yang tak akan dapat dibendung ayat skema eh! sebab waktu saya habis baca entry yang saya maksudkan tu, saya baru cadang nak buat entry pasal tu! tapi, rezeki lah kan! nasib baik saya tengok tarikh entry kat blog sape entah sorry, saya tak bagi link blog tu sebab tak ingat dari blog mana... bhuahaha Tarikh entry tersebut pada bulan April tahun 2011... bayangkan kalau saya buat entry pasal benda yang telah berlaku pada bulan april tahun ini, dan baru sekarang nak tulis, sure korang gelak cam orang tak ingat dunia lah kan! huh.!
Okeh, berbalik pada tajuk, korang kalau baca ayat merapu ikan kerapu atas ni, korang paham tak faedah berblogwalking?? tak?!
Hish, meh sini saya kasi tahu, pekdah dia :
1. Korang sure tak ketinggalan zaman dan tak ada lah jadi macam saya, diketawakan dek kawan! Bertuah dapat kawan baik cam diorang!
2. Korang akan sentiasa mengetahui berita semasa... berita artis, berita dunia, dll.
3. Dapat ilmu baru. ( Contoh : ilmu tentang agama Islam, sekarang ni kan banyak entry pasal benda-benda tentang Islam yang dapat dijadikan iktibar buat kita!) > Ni yang paling berfaedah...
4, 5, 6, & above, korang pikir la sendiri... Malas mahu perah otak pikir benda-benda cam ni, sebab macam la korang baca kan... Buat penat menaip, tapi tak da sapa baca.. Huish! Baik perah otak untuk peperiksaan nanti...
Adik, abang, akak, di bulan puasa yang mulia ini, kita kenalah betambah rajin.... rajin untuk mengomen! ;)
Segala komen yang diberi sama ada yang membina atau yang membinasa, tetap disayangi!