Spontaneous Sentences
Jempot minum teh ;D | +Follow | Home | Dashboard

Contest I'm Proud To Be A Muslimah
Saturday, 8 October 2011 | 12:58 | 0 chewing gum[s]
Assalamualaikum.. Setelah sekian lama Afiqah tak update blog ni. Tak sangka bila login, tengok-tengok follower meningkat dengan mendadak. Apa celo?! Afiqah ngan Hanis punyalah lama tak update blog ni, followers tetap meningkat, punyalah update blog kedua banyak-banyak, followers still sama. Tak paham tak paham.
Huk, terkeluar tajuk. Okaylah, Afiqah tertarik nak join Contest I'm Proud To Be A Muslimah ni. Afiqah bukannya seorang yang alim sangat. Tapi Afiqah tetap nak kata yang Afiqah bangga jadi seorang muslimah. Muslimah bukan setakat di IC, tapi juga di hati.

Klik banner ye kalau nak join.
Jom main tag mengetag. Ambik perhatian semua followers ku, korang dijemput dengan hati terbuka untuk join. Dan jangan jeles dengan mereka ini sebab Afiqah pilih secara random je :
GA & Contest WINA :P , amalina ya'akub , A.J.U.R.Y.N .

Syarat penyertaan ke 4 kata kena follow dan like semua sponsor. so, ni ID FB : Cik Adeq.
InsyaAllah lepas habis buat entry dan kalau masih hidup di bumi Allah ni, Afiqah like dan follow kesemuanya ok.


InsyaAllah kalau rezeki Afiqah, kalau boleh Afiqah nak hadiah seperti berikut.

Itu je lah kot. Afiqah tak nak perasan akan menang. Karang tak menang, tak pasal je muka entah kat mana-mana lubang. Tengah tahan malu.

Ni doodle pilihan Afiqah. Nampak manis je dipandang.

Hoho~ Nampak manis ke? Tak kot. Periang semacam je. Yup. Saja ambik picture ni. Sama periang cam Afiqah dan Hanis. Even picture tu agak periang, tapi pemakaian dia still tutup aurat kan. Still tutup aurat disisi Allah dan Islam. Harapnya begitulah.
Sumber : Google images.

Ciri-ciri muslimah yang sejati. Yang dibawah ni Afiqah cari. Kalau main buat, jawabnya Afiqah jawab sikit-sikit je lah. Tu pun tak pasti betul ke tidak. Afiqah tak nak main reka, jadi lebih baik kalau mencarinya kan. Kalau salah tu hanya Allah yang tahu. Wallahualam.

Sumber cerita dibawah ; SINI. Hanya perlukan beberapa mnit je untuk baca cerita kat bawah ni. Tak lama pon. Cubalah baca ye.

Tahukah anda bagaimana ciri-ciri wanita solehah?

Iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang. Bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.

(Cerita ini diubahsuai semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis)

Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.

"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)

Si ayah terus menyambung.

"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.

"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

HAH! Tengok tu, isteri Rasulullah beb... bukannya Siti Nurhaliza, bukannya Britney Spears, bukannya Ning Baizura, dan apatah lagi Jennifer 'Kueh Lopez'...

Cukup atau tidak?? Cuba renung-renungkan. (huh! terasa cam ustazah pula)
Afiqah, bab agama ni tak boleh dibawa main. Kalau tersilap, buruk padahnya.
p/s : Harap tuan punya cerita tu tak marah Afiqah ambil tanpa kebenaran, sebab takleh komen. Harap Maklum ye.

Rasanya dah siap semua syarat yang diberi. Cuma tinggal like dan follow sponser je.
Dan ini untuk renungan semua. Sekali lagi, renung-renungkanlah. Jangan setakat baca, pahaminya, hayatinya.. Selepas itu, korang semua pandai-pandailah fikir apa yang patut.

Wahai gadis,
Cinta sejati, bukan dari mata turun ke hati…
Tetapi hati turun ke mata…
Kerana hati yg mengawal mata bukan mata yg mengawal hati…
Masakan raja mengawal rakyat bukan rakyat mengawal raja…

Wahai gadis,
Dikahwini perempuan itu atas empat perkara…
Harta, keturunan, rupa dan agama…
Tetapi kahwinilah atas dasar agama…
Nescaya kamu akan mendapat segalanya…

Wahai gadis,
Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja…
Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika…
Bencilah yg engkau benci itu sekadar sahaja…
Berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika…

Wahai gadis,
Cintailah sesiapa sahaja…
Asal wadahnya cinta Allah…
Hati tidak resah…
Jiwa tidak akan gelisah…
Jauh terhubung rindu…
Dekat terikat padu…

Wahai gadis,
Jika engkau mencintai seseorang biarlah kerana Allah…
Sesungguhnya mencintai Dia merupakan cinta yg hakiki…
Cintailah Allah yang Maha Mencintai…
Kalau cintai Dia biarlah rindu untuk bertemu…
Jika cintai Dia biarlah suka apabila disuruh…

Wahai gadis,
Kita tidak boleh mencintai orang lain…
Sebelum mencintai diri sendiri…
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri…
Sebelum mencintai Allah!
Hakikatnya hati ini milik Allah jua…
Kerana Dia-lah pencipta segala hati…

Wahai gadis,
Tidak payah bersentuhan tangan…
Kerana mereka sudah bersentuhan hati…
Tidak payah berbalas kerlingan mata…
Kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa…
Mereka itu adalah suami isteri yg berkasih sayang berlandaskan Ilahi…

Wahai gadis,
Denai, langit dan gunung…
Adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan…
Pada limpahan nikmat selaut indah…
Ke mana tumpahnya munajat seraut sembah?
Sekian lama melihat alam penuh teratur…
Mengapa hatimu masih lupa untuk bersyukur?

Wahai gadis,
Seringkali engkau memburu nikmat…
Tetapi ingatkah engkau akan Pemberi nikmat?
Cintailah yang memberi nikmat…
Dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikanNya…
Itu tandanya engkau seorang yang bersyukur…

Wahai gadis,
Ingatlah dikau akan suatu perkara…
Hidup tanpa cinta…
Ialah hidup tanpa cita-cita…
Cinta yang terbaik…
Ialah cinta yang bertalian dengan cita-cita…
Ayuh!!! Jadikan cita-citamu sebagai cinta…

Wahai gadis,
Tuhan tidak menciptakan manusia hodoh…
Tetapi Tuhan mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza…
Jadi…
Janganlah dikau bersedih dan merendah diri akan rupa paras mu…
Kerana kecantikan yang abadi terletak pada akhlaknya…
Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya…

Wahai gadis,
Sesungguhnya pada wanita yang bertaqwa itu…
Terkumpullah segala keindahan dan kebenaran…
Kekayaan pada lapangnya hati…
Rupawan pada indahnya budi…
Bangsawan pada kerendahan diri…
Yang sering sujud di telapak Ilahi…

Wahai gadis,
Yang tidak bisa pecah dek pukulan arus kehidupan…
Cintailah seseorang itu…
Jika falsafah pandangan hidupnya…
Sesuai dengan kamu…
Wahai gadis, cintailah cintaNya!

Sumber ; SINI

Afiqah harap sangat kita tergolong dalam perempuan-perempuan yang muslimah pada pandangan Allah. Amin ya rabbal alamin.

Huh! Panjang lebar saya tulis, pasti tak ada sapa yang baca kan. Okaylah tu. At least sorang baca, iaitu saya sendiri. Sobs~
p/s : Tegurlah sesama manusia. Kalau ada silap tegur saya ya. Biasalah kan, manusia. Kalau kita masih digelar manusia, mana pernah lepas buat kesilapan. Semua manusia tak sempurna. Samalah macam Afiqah. <~~ ayat sedapkan diri = ='

Haa, sampai sini saja Afiqah nak menaip. Dah lenguh jari jni. Taa, Assalamualikum.

OLD | NEW


Ucapan ♥
Assalamualaikum. Terima kasih la sudi singgah. Kalau ada kesempatan Hanis singgah balik blog korang. Terima kasih gak kalu sudi baca post2 mengarut Hanis. Dan sangat2 terima kasih kalu sudi komen. Akan Hanis layan korang sebaik mungkin. Peace yo!




Menyanyi lah kat sini!

Agak bising? Maaf!

Terima Kasih Daun Keladi
Template by : Sweetie Pie
Background by : Amalina Lee
Pictures by : Tumblr | We♥it
Header by : Faqihah Husni
Re-edit by : Hanis